Resepi Soto Ayam Ala-Ala Chef Wan Bersama Bergedil

Resepi Soto Ayam Ala-Ala Chef Wan Bersama Bergedil | Adakah anda penggemar masakan soto ayam? Soto ayam adalah merupakan sup ayam pedas yang menjadi kegemaran dan biasanya terdapat di Malaysia, Indonesia dan Singapura. Jika di Malaysia masakan soto lebih popular di Johor berbanding negeri-negeri lain. Selain menggunakan ayam dan bihun, ia juga boleh dihidang bersama dengan telur rebus, bergedil, daun saderi dan bawang goreng. Pernah anda cuba buat soto ayam ala-ala Chef Wan? Okay disini Resepi Ibu kongsikan resepi soto ayam yang boleh dijadikan panduan buat anda. Jom kita cuba resepi ini!

Resepi Soto Ayam Ala-Ala Chef Wan Bersama Bergedil

Resepi Soto Ayam Ala-Ala Chef Wan Bersama Bergedil


Berikut dikongsikan adalah resepi soto ayam paling sedap ala-ala Chef Wan termasuk memaparkan bahan-bahan membuat kuah soto dan bergedil serta cara masakan :

KUAH SOTO

Bahan-bahannya :

● 1 sudu jintan putih
● 1 sudu jintan manis
● 3 sudu ketumbar
● 2 biji buah keras
● 3 batang serai
● 10 biji bawang kecil
● 5 ulas bawang putih
● 1 inci halia
● 1 inci lengkuas
● Penambah perasa iaitu sedikit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga.

Cara membuatnya :

1. Panaskan api dahulu dan tumiskan kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih.
2. Apabila naik bau, kemudian masukkan bahan-bahan yang telah dikisar dengan halus untuk membuat sos soto.
3. Tumiskan hingga garing.
4. Selepas itu, masukkan pula air rebusan ayam sehingga masak mendidih.

BEGEDIL KENTANG

Bahan-bahannya :

● 1 kg kentang yang telah digoreng dan ditumbuk
● 100 gm daging yang telah direbus
● Bawang goreng
● 1 biji telur
● Sedikit daun sup
● Serbuk lada putih
● Garam secukup rasa

Cara membuatnya :

1. Rebus daging dahulu dan cincangkan dengan halus.
2. Kemudian, goreng kentang dan ditumbuk jadi halus.
3. Gaulkan semua bahan tadi dan kemudian bulat-bulatkan mengikut kesesuaian yang anda suka.
4. Pukul 1 biji telur dengan rata.
5. Kemudian, ambil begedil yang sudah dibulatkan tadi dan dicelupkan dalam telur.
6. Goreng begedil hingga nampak garing.
7. Siap!

Selamat mencuba resepi soto ayam ala-ala chef wan ini. Semoga perkongsian uni dapat memudahkan anda untuk membuat soto ayam yang sedap dan senang. Jangan lupa bookmark, share dan follow page Facebook Resepi Ibu.

Carian Popular Kata Kunci:

- soto ayam
- soto ayam simple
- resepi soto ayam
- resepi soto ayam chef wan
- soto ayam resepi chef wan
- resepi soyo ayam paling sedap
- cara buat soto ayam yang mudah

1 ulasan: