Petua Melembutkan Daging Dengan Cepat dan Mudah, Guna Cara Ini!

Petua Melembutkan Daging Dengan Cepat dan Mudah, Guna Cara Ini!. Adakah anda penggemar masakan daging? Apabila tibanya Hari Raya Aidiladha lazimnya umat Islam akan melaksanakan ibadat korban sebagai tanda kesyukuran kepada Tuhan Yang Esa. Kebiasaannya, akan diadakan kenduri atau jamuan makan masakan daging yang disembelih. Sebelum itu, eloklah anda tahu cara macam mana lembutkan daging untuk hilangkan rasa liat.

Petua Melembutkan Daging Dengan Cepat dan Mudah, Guna Cara Ini!

Sudah pastinya sangat menyelerakan daging dihidangkan dengan masakan kari, rendang atau kurma. Tetapi jika daging itu tidak empuk atau lembut nescaya akan membantutkan keseleraan anda ketika menjamah. Bagaimana caranya untuk melembutkan daging agar enak dimakan? Mari cuba cara di bawah!

Petua Melembutkan Daging Dengan Cepat dan Mudah, Guna Cara Ini! 


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang cara-cara melembutkan daging lembu dengan cepat dan mudah :

1. Daun Betik

Daun betik sangat sesuai digunakan untuk yang nak buat sate daging. Untuk pengetahuan, daun betik mengandungi enzim yang boleh empukkan daging. Caranya anda dapatkan daun betik muda dan ramaskan sehingga keluar getahnya, kemudian gunakan untuk membungkus daging. Biarkan selama satu jam dan barulah anda bakar sate daging itu. Ia mengeluarkan haruman yang sangat menyelerakan.

2. Buah Pinang Tua

Anda perlukan setengah atau sebiji pinang tua. Kemudian kupaskan dan bersihkan. Setelah itu masukkan pinang tua tadi bersama daging ke dalam kuali agar ia empuk.

3. Daun Nangka

Anda sediakan beberapa helai daun nangka. Pastikan bersihkan daun nangka dahulu. Setelah itu, masukkan daun nangka ke dalam periuk bersama dengan daging yang ingin direbus.

4. Daun Pisang Abu

Ambil daun pisang abu dan lapkannya dahulu agar ia bersih. Carik-carikkan daun pisang abu tadi dan kemudian masukkan ke dalam periuk bersama-sama dengan daging yang ingin dimasak.

5. Cuka Makan

Selain itu, cuka makan juga boleh digunakan untuk melembutkan daging agar ia empuk dalam masa yang singkat. Caranya masukkan sedikit cuka ke dalam periuk bersama daging yang sedang direbus.

Semoga perkongsian tentang petua melembutkan daging ini dapat dijadikan panduan buat anda semua. Jangan lupa share kepada rakan-rakan anda di group Whatsapp, Telegram dan Facebook.

Kredit : mingguanwanita

Tiada ulasan:

Catat Ulasan